Blog Archive

Monday, April 26, 2010

Monday, April 19, 2010

PRODUK





Tasly B-Cleansing dirumus dengan pelbagai jenis herba tradisional Cina, antaranya Angelica, Chuanxiong, Radix Paeniae Alba, Radix Rehmania preparata, Rumulus uncariae dan sebagainya. B-Cleansing bercirikan konsep "Kehidupan Tanpa Sakit Kepala". Kekurangan Peredaran Serebral Kronic (CCCI) pertama kali dicadangkan oleh saintis perubatan Jepun pada tahun 1990. Ia merujuk kepada satu penyakit dengan siri manifestasi klinikal dalam bentuk ketidakfungsian otak akibat daripada kekurangan peredaran darah ke otak secara berlarutan dan kronik yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pening dan sakit kepala merupakan simptom yang paling nyata.


Punca utama penyakit ini adalah aterosklerosis (faktor risiko aterosklerosis adalah tekanan darah tinggi, diabetes, hiperlipidemia, obes, merokok, dan meminum alkohol) dan juga arthritis, stenosis arteri dan sebagainya. Punca kedua adalah tekanan darah. Kadar pengaliran darah di otak berhubung terus dengan tahap tekanan darah. Di bawah syarat-syarat normal, kadar pengaliran darah serebral bertambah secara relatif dengan penambahan tekanan tekanan darah; tetapi, apabila tekanan darah naik ke suatu tahap,pengaliran darah serebral akan berkurangan. Oleh itu pembekalan darah yang normal ke tisu otak akan terganggu apabila tekanan darah terlalu tinggi atau terlalu rendah. Punca ketiga ialah penukaran komposisi darah. Penyelidikan perubatan membuktikan penambahan kelikatan darah ialah satu faktor penting pengurangan pembekalan darah serebral.


Produk ini memberi kesan klinikal yang baik, kualiti stabil, selamat dan tidak membawa kesan sampingan bertoksik. Berbanding dengan produk lain dalam kategori yang sama, ia berlebihan daripada segi teknikal dan potensi pemasaran. B-Cleansing boleh mengembangkan salur darah pada otak, menambahkan pengaliran darah serebral, membaiki peredaran-mikro serebral, menambahkan pembekalan oksigen serebral dan mengurangkan rintangan vaskular. Ia boleh melegakan kekejangan, mengurangkan kelikatan darah, merencat penggumpalan platelet, anti-trombosis dan pada masa yang samabertindak keatas sistem saraf pusat dengan kesan penenteraman dan analgesik yang efektif. Ia menjadikannya pilihan terbaik sebagai rawatan untuk kepeningan, sakit kepala, insomnia dan gejala lain bagi CCCI. Ia juga sesuai digunakan untuk kepeningan dan sakit kepala yang tercetus kerana tekanan darah tinggi, sakit kepala jenis ketegangan, migrain, kepeningan dan sakit kepala yang dibawa oleh sindrom saraf serebral traumatik, sakit kepala semasa haid, keresahan dan cepat marah, insomnia, bermimpi keterlaluan, tinnitus, konjunktivitis, kesakitan mata dan gejala lain.


6 Fungsi Utama


1)Mengembangkan salur darah serebral dan menambahkan pengaliran darah

2)Membaiki peredaran serebral dan menambahkan pembekalan oksigen ke otak

3)Melegakan kekejangan salur darah serebral

4)Mengurangkan kelikatan darah dan merencat pembentukan trombosis

5)Menenangkan dan melegakan kesakitan

6)Boleh menukarkan indeks hemoreologi


Aplikasi sesuai

1)Mereka yang sakit kepala dan pening kepala yang disebabkan oleh kekurangan

2)Peredaran Serebral Kronik (CCCI)

3)Mereka yang sakit kepala dan kepeningan yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi

4)Mereka yang sakit kepala semasa haid

5)Kesakitan kepala primer

6)Mereka yang mempunyai kualiti tidur yang kurang baik atau tidak cukup rehat
*
*Perhatian**
Tidak sesuai untuk ibu yang sedang mengandung atau menyusu
Tidak sesuai kepada kanak-kanak









Tasly Monascus mengandungi bahan utama iaitu Yis beras merah (Monascus purpureus). Yis merah atau dikenali sebagai "Hong Qu", merupakan ubatan tradisional Cina yang diperbuat daripada beras. Bahan tersebut telah lama digunakan di China sebagai makanan tambahan untuk merawat penyakit selama lebih daripada 1000 tahun dahulu. Ciri-ciri istimewa produk ini termasuklah teknik pembuatan yang unik, prosedur pembuatan yang menepati piawai, kawalan kualiti yang dijaga dan bahan aktif yang terbaik. Tasly Monascus adalah dipercayai dan selamat digunakan serta harganya amat berpatutan.


Aplikasi yang bersesuaian


Mereka yang mempunyai paras lipid atau kelikatan darah yang tinggi
Mereka yang berisiko tinggi menghidap arteriosklorosis
Mereka yang ingin mencegah daripada arterosklerosis
Mereka yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan aarterosklerosis seperti strok dan penyakit jantung koronari (CHD)
4 Fungsi Utama
Merendahkan lipid darah dengan cepat dan berkesan
Membantu melawan pembentukan plak
Mencegah daripada hiperlipidemia (kehadiran paras lipid yang tinggi di dalam darah)
Berkesan mencegah dan melegakan penyakit jantung koronari, arterosklerosis dan strok
**Lebih kurang 4-6 minggu selepas produk ini diambil, simptom-simptom penyakit kardio-serebrovaskular seperti terasa tekanan pada dada, sakit dada, pening kepala, sakit kepala, kesukaran bernafas, perut mengembung, badan terasa letih, rasa kebas pada badan, tangan dan kaki dan sebagainya. Ia dengan ketara boleh berubah.







Ramuan utama Tasly Aloe Fiber adalah Aloe Vera, Wheatgrass, dan Dietari Fiber Laut. Setiap unsur ramuan ini menjalankan peranan tertentu untuk memastikan kesan yang lebih signifikasi.





Bagaimana tumbuhan ini boleh membantu anda?


Aloe Vera
Pengurusan Berat Badan. Aloe vera amat berguna kepada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Dengan lebih 200 komponen nutrien dalam aloe vera (termasuklah vitamin B12), anda perlu mengambilnya bersama-sama diet anda/program pemakanan untuk mengurangkan berat badan anda. Aloe vera sahaja tidak akan dapat menurunkan dan mengekalkan berat badan anda. Meminum aloe vera 2 kali sehari dapat memberi anda nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh badan untuk membakar lemak dan membina badan yang ideal. Ia dapat memudahkan kehilangan berat badan dengan membantu membuan air yang berlebihan daripada sel.
Kulit. Merawat kedut, pigmentasi dan menghilangkan parut. Boleh merawat dengan cepat kesan terbakar, penyakit kulit, kesan melecur dan masalah kulit seperti psoriasis, eczema, keradangan dan kecederaan pada kulit. Memanjangkan ransangan pengeluaran kolagen dan elastin yang mana kedua-duanya adalah perlu untuk menghalang penuaan kulit.
Penuaan (orang tua dan pesakit). Aloe vera adalah satu sumber yang penting bagi anti-oksida, Vitamin E, Vitamin C dan Vitamin B-12 (sumber semulajadi). Kajian terkini Telah menunjukkan aloe memberi kesan anti-oksida yang baik. Pengoksidaan pada sel boleh merosakkan DNA serta boleh membawa kepada kanser, penyakit lain dan membawa perubahan yang berkait dengan penuaan. Komponen anti-oksida melawan kesan penuaan dengan menghilangkan radikal bebas dalam badan.
Masalah Penghadaman. Aloe vera membantu dalam penghadaman, masalah keradangan usus, ulser colitis, penyakit esofagus, ulser usus, masalah usus yang kronik seperti sembelit, hemorrhoids, colitis dan penyakit Crohn.
Darah. Aloe vera bertindak sebagai pembersih darah semulajadi. Ia menigkatkan hemoglobin, sel darah putih dan platelet. Ia juga boleh mengembangkan saluran darah supaya dapat meningkatkan peredaran darah. Zat besi, kuprum, lysine, theronin, asid folik dan thiamin adalah bahan kimia yang berguna. Ia dapat membantu pembentukan darah dan memberi oksigen kepada sel darah merah dan meningkatkan hayat hidup Ia juga membantu dalam pengeluaran antibodi, membaiki tisu, memberi tenaga, menguatkan sistem keimunan dan membantu pembentukan darah. Dengan kombinasi asid amino, ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Metabolisma Lemak. Asid amino seperti methionine, serine, thronine, dan molibdenum juga amat berguna. Ia boleh membuang logam berat dalam badan. Juga membantu dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein dan dengan itu menghalang pembentukan lemak dalam hati dan arteri.
2. Wheatgrass. Wheatgrass adalah agen penyembuhan yang penting dan efektif kerana ia dapat:
Membersihkan dan membentuk darah
Meningkatkan keadaan kulit dan rambut
Membina kekuatan otot dan daya ketahanan
Melawan serangan penyakit
Menghapus tumor
Bertindak sebagai penahan selera
Meransang pertumbuhan kulit baru yang sihat dan menegangkan kulit yang tua
Dengan cepat diserap oleh kulit dan memberi kesan yang lembut dan kulit yang cerah
3. Dietari Fiber.
Mengambil amaun dietari fiber yang mencukupi boleh memendekkan masa makanan berada dalam usus dan juga membantu mempercepatkan pergerakan makanan dan untuk membuang toksin dan sisa buangan dalam badan. Kewujudan dietari fiber yang mencukupi dalam gastrik boleh membantu dalam mengekalkan kekenyangan dan melambatkan kelaparan. Dengan itu, ia dapat membantu dalam menurunkan berat badan


Tasly Margaret Plus mengandungi ramuan utama iaitu ekstrak kacang soya, Trifolium pratense,Paeoniae Alba dan Ganoderma lucidum. Tasly Margaret Plus menyelaraskan keseimbangan fisiologi keseluruhan dalam badan; dimana Ganoderma lucidum, Paeoniae alba, dan Trifolium pratense boleh memberikan kesan itu. Oleh itu, isoflavon soya berkualiti tinggi dan herba tradisional Trifolium pratense digabungkan supaya memberi kesan sinergetik.


5 Fungsi Utama:

1) Kesan hampir sama seperti estrogen. Unsur aktif dalam isoflavon soya boleh bergabung dengan penerima estrogen (ER) dalam badan dan memaparkan fungsi estrogen yang lemah. Selepas pergabungan, ia berkeupayaan memberi kesan keatas kesihatan menurut perhubungan dos-gerakbalas bentuk-U. Iaitu pada dos rendah ia menunjukkan kesan abti-estrogen; pada dos sederhana ia bertindak seperti estrogen pada tahap tertentu dan pada dos tinggi, ia memberi kesan meningkatkan estrogen. Perhubungan dos-gerakbalas bentuk-U memberi isoflavon soya dengan fungsi pelbagai estrogen menolong melegakan sindrom putus haid. Satu penyelidikan membuktikan bahawa hanya 1/4 wanita Jepun menunjukkan tercetusnya sindrom putus haid disebabkan pemakanan yang mengandungi lebih isoflavon. Pati kacang soya dan Trifolium pratense mengandungi banyak isoflavon dan apabila digunakan bersama, ia saling menyempurnakan. Ia dapat merawat gangguan kitaran haid , kesakitan semasa haid, pendarahan uterin dan penyakit lain. Ia juga sangat sesuai untuk meringankan gejala putus haid.

2) Anti tumor.Isoflavon kacang soya mempunyai kesan anti-tumor yang ketara, khususnya terhadap tumor yang berkaitan dengan hormon, seperti kanser payudara dan kanser prostat. Melalui kesan estrogen, ia dapat menghasilkan kesan pencegahan tumor pada tahap tertentu. Paeoniae alba dapat meneutralkan racun bahan-bahan karsinogen, manakala Ganoderma lucidum membawa kesan baik dalam pelarasan dan pengaktifan fungsi imuniti yang menguatkan kebolehan badan untuk mencegah tumor.

3) Mencegah osteoporosis. Apabila memasuki peringkat putus haid, kaum wanita menghadapi risiko osteoporosis (kehilanagn jasad tulang yang ketara) yang lebih tinggi. Isoflavon kacang soya, boleh mengurangkan aktiviti osteoklas dan menyebabkan apoptosis padanya, ia meningkatkan fungsi osteoprotegerin dan mencegah kejadian osteoporosis.

4) Mempertahankan salur darah kardiak. Paeoniae alba dan Ganoderma lucidum berkesan dalam pengembangan arteri koronari dan perlindungan otot kardiak (jantung) daripada kekurangan bekalan darah; herba-herba ini digunakan secara meluas untuk membantu dalam perawatan dan pencegahan penyakit jantung koronari, angina dan sebagainya. Isoflavon kacang soya dan Ganoderma lucidum boleh mengurangkan kadar kejadian aterosklerosis; ia juga mempunyai kesan memperbaiki peredaran-mikro, mencegah trombosis dan sebagainya.

5) Meningkatkan keimunan. Isoflavon kacang soya berfungsi meningkatkan imuniti tak-spesifik pada badan. Ujian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan fungsi makrofaj dan imunoglobulin hasilan limpa, meninggikan bilangan limfosit darah periferal, maka ia berfungsi dalam pengawalaturan yang ketara. Ganoderma lucidum berkesan meningkatkan kekuatan dalaman, memperkhasiatkan dan memperkuatkan badan, memanjangkan umur, meningkatkan fungsi imun dan menguatkan rintangan melawan penyakit.





Tasly Dong Chong Cao dirumuskan herba yang sangat berharga iaitu Cordyceps sinensis atau lebih dikenali sebagai Dong Chong Cao. Cordyceps sangat berharga sehingga digelar sebagai 'Rumput Emas'. Ia mempunyai kandungan bahan aktif yang tinggi dan bebas dari kandungan hormon dan peransang. Dong Chong Cao sesuai untuk digunakan untuk kebanyakan golongan pengguna.


Kelebihan produk
1) Melaraskan keseimbangan Yin dan Yang - Teori perubatan tradisional Cina mengenai pengawalaturan keseluruhan badan. Dalam perubatan tradisional Cina,tubuh manusia dianggap sebagai suatu entiti biologi keseluruhan, dimana Yin dan Yang merupakan faktor utama pelarasan fungsi-fungsi metabolisma dan fisiologi badan. Yin dan Yang saling meningkat dan saling mengawalatur demi mengekalkan keseimbangan dinamik relatif sendiri, ia merupakan syarat asas untuk semua aktiviti normal dalam kehidupan. Apabila Yin dan Yang seimbang maka badan akan berada dalam keadaan sihat.

2) Pengawalaturan dwi-arah. Cordyceps merupakan satu daripada herba pengawalaturan dwi-arah dimana ia mengkhasiati Yin dan menguatkan Yang; ia berkesan keatas tekanan darah tinggi dan juga tekanan darah rendah; ia menolong merawat diabetes dengan merendahkan gula dalam darah dan pada masa sama membaiki keadaan hipoglisemia untuk mengembalikan tenaga kepada badan; ia boleh meningkatkan fungsi sistem imun dan juga boleh mengurangkan fungsi imunosit tertentu.


Aplikasi yang bersesuaian

1) Untuk mereka yang mempunyai imun yang lemah, mudah sakit deam dan mereka yang cepat letih.

2) Untuk golongan pertengahan usia dan warga tua, mereka yang mempunyai tekanan kerja yang berat, membuat kerja fizikal yang berat dan mempunyai badan yang lemah

3) Mereka yang menghidapi penyakit ketidakfungsian pulmonari seperti asma, bronkitis kronik, emfisema, dan rhinitis kronik.

4)Mereka yang kekuranan fungsi renal yang mendadak atau kronik,atau kegagalan fungsi renal, sakit belakang, proteinuria dan sebagainya

5)Pesakit darah tinggi atau tekanan darah rendah

6)Mereka yang bermasalah dengan ketidakfungsian seksual, kemandulan, mati pucuk dan keluaran air mani pra-matang.

4 Fungsi Utama

1) Memperbaiki fungsi sistem pernafasan. Cordyceps dikatakan boleh membaiki keadaan paru-paru, merawat asma, menghentikan batuk dan menyingkirkan kahak; ia digunakan untuk merawat batuk kokol dan asma yang disebabkan oleh kelemahan paru-paru dan/atau ginjal. Kajian moden menunjukkan bahawa cordyceps berfungsi dengan ketara dalam meningkatkan perembesan epinefrin, mengembangkan bronkus, menghentikan asma, menolong mengeluarkan kahak dan sebagainya. Ia juga berfungsi sebagai rawatan sampingan untuk penyakit ko-pulmonal dan kegagalan pernafasan.

2) Meningkatkan fungsi ginjal. Cordyceps mempunyai kaitan dengan kesihatan ginjal, ia meningkatkan fungsi renal dan membaiki poten lelaki, ia boleh merawat kelemahan ginjal, sakit belakang dan sebagainya. Kajian moden menunjukkan bahawa cordyceps membawa kesan baik dalam rawatan kegagalan renal kronik, ia mengurangkan protein air kencing, kreatinin, serum dan nitrogen air kencing.

3) Meningkatkan fungsi seksual. Cordyceps boleh memperbaiki poten lelaki dan menggalakkan pembesaran air mani. Ia lembut dan tidak bersifat panas, sesuai untuk merawat kekurangan renal, sakit belakang bahagian bawah,mati pucuk, keluaran air mani pra-matang, ketidakfungsian seksual, kemandulan dan sebagainya.

4) Mengawalatur fungsi keimunan dan meningkatkan kebolehan melawan penyakit. Cordyceps mengawalatur sistem imun secara dwi-arah, fungsi utamanya ialah meningkatkan imuniti; tetapi ia juga mempunyai kesan penekanan ke atas penyakit autoimuniti. Melalui pelarasan dwi-arah, kebolehan dalam melawan penyakit dipertingkatkan. Cordyceps bertindak sebagai suatu tonik untuk kesihatan yang kurang baik, ia berkesan dalam menguatkan badan pesakit yang sedang pulih, merawat pelu semasa sejuk, terasa sejuk dan gejala lain. Oleh itu, cordyceps digunakan untuk melawan keletihan, ia juga meningkatkan ketahanan fizikal badan tan memberikan perlindungan.

Fungsi Lain
Pelarasan kepada tekanan darah.






KELEBIHAN KAPSUL WILD GINSENG

Tasly Wild Ginseng dirumus khas untuk merawat penyakit kanser. Ia mengandungi ekstrak ginseng merah (Ginsenosida RH-2). Ginseng yang digunakan adalah berusia 6 tahun serta berkualiti tinggi dan diambil dari kawasan terpilih dan kualiti produk juga terjamin. Ia menggunakan teknologi pengekstrakan enzim tercanggih dan memastikan kepekatan bahan aktif ginsenosida yang tinggi digunakan.

Aplikasi yang bersesuaian.

1)Merawat tumor dan kanser

2) Penggunaan dalam jangka mase pemulihan selepas sebarang penyakit serius
Merawat kekurangan pada paru-paru, limpa, jantung dan ginjal

3) Memperbaiki kesukaran pernafasan yang berpunca daripada peredaran renal yang tidak normal, mati pucuk, pengeluaran mani nockturnal dan gejala kelemahan peredaran renal yang lain.

4) Merawat dan memperbaiki kelemahan imuniti dan kepada mereka yang mudah menghidap selesema.

5) Meningkatkan kebolehan mental dan ingatan

6) Bagi tujuan kecantikan dan anti-penuaan

7) Sesuai untuk golongan usia pertengahan dan warga tua dengan badan yang lemah

8) Sangat sesuai untuk wanita yang lemah selepas bersalin

6 FUNGSI UTAMA

1)Kesan Anti-Tumor. Kajian moden menunjukkan bahawa Gisenosida RH-2 merencat serangan dan metastasis sel tumor, dapat mengaruh apoptosis dan pembezaan sel tumor; ia dapat digunakan dalam rawatan kanser hati, kanser paru-paru, kanser payudara, kanser perut, kanser tulang, melanoma malignan, kanser esofagus dan sebagainya

2) Mengawalatur keimunan dan meningkatkan rintangan terhadap penyakit. Gisenosida RH-2 dalam ginseng ialah bahan aktif yang boleh mengawalatur keimunan; ia melaraska fungsi imun badan dan meningkatkan rintangannya melawan penyakit. Ginseng digunakan untuk memperaiki kekurangan dalam paru-paru, limfa, jantung dan ginjal.

3) Mengawalatur sistem saraf pusat. Tasly Wild Ginseng dapat mengawalatur sistem saraf pusat dan meningkatkan proses ransangan otak dan mempengaruhi kecenderungannya kearah keseimbangan. Ia dapat menigkatkan keupayaan mental dan fizikal, menigkatkan mutu kerja dan melawan keletihan. Tasly Wild Ginseng juga menambahkan pengambilan oksigen di otak sekaligus membantu dalam meningkatkan keupayaan pembelajaran, ingatan dan mempunyai kesan ketara dalam pembaikan penyakit yang berkaitan dengan ketidakupayaan daya ingatan.

4) Meningkatkan fungsi seksual. Tasly Wild Ginseng dapat menambahkan rembesan kortikosteroid, berkesan ke atas kelenjar-kelenjar gonad; menambahkan bilangan dan daya hidup sperma dalam testis. Perubatan Tradisional Cina percaya bahawa ginseng berkesan membaiki peredaran renal; bukan sahaja digunakan untuk merawat kesukaran bernafas, malah ia juga merawat kekurangan ginjal dan masalah mati pucuk.

5) Menjaga organ hati. Ginseng dapat meningkatkan aktiviti pelbagai enzim dalam hati dan menguatkan keupayaan detoksifikasi hati; ia mempunyai kesan detoksifikasi dan menjaga hati yang diracuni alkohol.

6) Memberi kesan kecantikan dan penjagaan terhadap kulit. Kajian menunjukkan bahawa Tasly Wild Ginseng boleh diserap secara perlahan oleh badan manusia, ia boleh mengembangkan salur kapilari pada kulit, menggalakkan peredaran darah pada kulit, meningkatkan nutrisi kulit, mengelakkan dehidrasi, kekerasan dan kedutan pada kulit; dengan itu, ia meningkatkan kelembutan kulit, meransang pembaharuan sel, mengekalkan kelicinan dan menjaga khasiat kulit, mengelakkan penuaan awal dan seterusnya menghasilkan kesan kecantikan.





KELEBIHAN KAPSUL DANSHEN PLUS:
Menyingkirkan stasis darah
Membaiki peredaran darah
Menghentikan pendarahan
Melegakan kesakitan dan pembengkakan
Meningkatkan tenaga vital
Merawat dan mencegah PENYAKIT JANTUNG KORONARI (CHD)
Melancarkan darah yang mengakibatkan STROK
Membersihkan saluran darah dan melindungi jantung
Merendahkan paras lipid darah (kolesterol)
Menyingkirkan plak aterosklerosis
Merawat kompilasi DIABETES
Menjaga kesihatan mata dan fungsi ginjal
Melindungi sel hati.

Cara pengambilan 2 kali sehari, 1-2 biji setiap kali, diambil sebelum makan. Disarankan supaya diambil dengan cara membuka kapsul dan meletakkan kandungan dalam kapsul dibawah lidah dan dikemam untuk kesan yang lebih cepat.

LATAR BELAKANG SYARIKAT



TASLY GROUP & TASLY MALAYSIA
TASLY Group telah ditubuhkan pada 10hb Mei 1994. Ianya terletak di beichen Hi-Tech Park, Tiajin, China dan berkeluasan 175,000 kaki persegi. Syarikat ini sangat terkenal dengan Perubatan Tradisional Cinanya dan mempunyai pakar-pakar dalam bidang tertentu seperti perubatan, produksi dan pemasaran. TASLY Group telah menubuhkan 8 cawangan profesional, 4 cawangan luar negara dan 191 pejabat di serata 40 negeri di China. produk-produk kami telah dijual ke 20 negara antaranya ialah Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Australia dan Asia. Dengan pencapaian lebih 90% peningkatan dalam jualan tahunan, aset TASLY Group telah menunjukkan nilai peningkatan sebanyak 500 kali ganda.
Tasly (Malaysia) Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai TASLY telah ditubuhkan pada Mac 2004 dengan modal sebanyak RM5 juta adalah milik sepenuh TASLY Group dan merupakan syarikat multi-level marketing pertama yang ditubuhkan di Asia. Sasaran pemasaran kami bukanlah hanya di Malaysia, tetapi di serata negara yang lain. 9 hb Disember 1997, Danshen Plus Capsule, produk terulung kami telah berjaya melepasi tahap piawaian dan standard U.S FDA ind. Pusat kajian perubatan Tasly telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan kelulusan kementerian kerajaan China dan Persatuan Doktor-doktor di China. TASLY Group telah berjaya memenangi anugerah Syarikat Enterprise contoh untuk pembangunan Industri Perubatan China. Tembok mural perubatan China, yang diperbuat daripada batu granit yang diukir di kawasan perkilangan TASLY Group telah dicatatkan pada Guinness Of World records.
23hb Ogos, TASLY Phamaseutikal Co. Ltd. telah berjaya memasuki senarai dalam Bursa Saham Shanghai dan kami berjaya memperolehi 50,000.000 saham kelas a dengan jayanya. Jabatan Perubatan dari Universiti Peking telah bekerjasama dengan TASLY Group untuk menubuhkan 'Peking-Tasly Microcirculation Research Center" pada tahun 2002. TASLY Pharmaseutikal Co.Ltd. telah berjaya memperolehi sijil GMP dari TGA (Therapeutic Goods Administration) Australia yang membuktikan bahawa Tasly Pharmaseutikal Co. Ltd. telah berjaya mendapat nama di negara-negara maju. Pada tahun 2003, Tasly Group telah dinilai sebagai 'THE MOST VALUABLE INVESTMENT ENTERPRISES'. Pada tahun 2004, Tasly telah menubuhkan ladang herba pertama di shangluo, Daerah Shanxi, dan merupakan syarikat yang pertama memperolehi sijil GAP di China. Tasly Phamaseutikal Co. Ltd. telah menubuhkan sistem pengurusan yang moden, berskala besar dan saintifik selari dengan kehendak ISO9001:2000 dan status GMP untuk produksi pengeluaran. Pada tahun 2005, Tasly Group telah diiktiraf sebagai ' CHINA TOP 500' dan 'THE MOST ADVANCED MANUFACTURING PLATFORM'. Pada Oktober 2005, Tasly telah diiktiraf sebagai ' FAMOUS CHINESE TRADEMARK'. Pada tahun 2005, kami diiktiraf sebagai 'TOP TEN BEST DIVIDENDS LISTED COMPANIES'.

PEMERIKSAAN MIKROSIRKULASI DARAH



Adakah anda tahu bahawa punca penyakit datangnya dari ketidaksempurnaan pelancaran saluran darah? Saluran darah yang tersumbat setelah sekian lama, menjadi punca serta penyumbang kepada penyakit kronik. Misalnya penyakit jantung tersumbat adalah disebabkan pemblokan trombosis yang telah mendap dan berlarutan sekian lamanya. Melalui pemeriksaan mikrosirkulasi ini, kita dapat mengesan seawal yang mungkin mengenai penyakit yang bakal menimpa kita. Elakkan dari terlambat mengetahui punca penyakit kerana mencegah itu adalah lebih baik dari merawat. Bentuk simpulan saluran darah yang berbeza juga memberi gambaran mengenai jenis penyakit yang pelbagai terhadap diri anda. Jalani pemeriksaan percuma dengan kaedah 'Pemeriksaan Mikrosirkulasi' sekarang secara PERCUMA.

Tidak perlu ambil darah..hanya scan dihujung jari manis...

Kami ada jalan penyelesaiannya SEKARANG!!
Hanya dihujung jari Anda....