Blog Archive

PRODUK



Ramuan utama Tasly Aloe Fiber adalah Aloe Vera, Wheatgrass, dan Dietari Fiber Laut. Setiap unsur ramuan ini menjalankan peranan tertentu untuk memastikan kesan yang lebih signifikasi.

Bagaimana tumbuhan ini boleh membantu anda?

1)Aloe Vera

Pengurusan Berat Badan. Aloe vera amat berguna kepada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Dengan lebih 200 komponen nutrien dalam aloe vera (termasuklah vitamin B12), anda perlu mengambilnya bersama-sama diet anda/program pemakanan untuk mengurangkan berat badan anda. Aloe vera sahaja tidak akan dapat menurunkan dan mengekalkan berat badan anda. Meminum aloe vera 2 kali sehari dapat memberi anda nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh badan untuk membakar lemak dan membina badan yang ideal. Ia dapat memudahkan kehilangan berat badan dengan membantu membuan air yang berlebihan daripada sel.

Kulit. Merawat kedut, pigmentasi dan menghilangkan parut. Boleh merawat dengan cepat kesan terbakar, penyakit kulit, kesan melecur dan masalah kulit seperti psoriasis, eczema, keradangan dan kecederaan pada kulit. Memanjangkan ransangan pengeluaran kolagen dan elastin yang mana kedua-duanya adalah perlu untuk menghalang penuaan kulit.

Penuaan (orang tua dan pesakit). Aloe vera adalah satu sumber yang penting bagi anti-oksida, Vitamin E, Vitamin C dan Vitamin B-12 (sumber semulajadi). Kajian terkini Telah menunjukkan aloe memberi kesan anti-oksida yang baik. Pengoksidaan pada sel boleh merosakkan DNA serta boleh membawa kepada kanser, penyakit lain dan membawa perubahan yang berkait dengan penuaan. Komponen anti-oksida melawan kesan penuaan dengan menghilangkan radikal bebas dalam badan.

Masalah Penghadaman. Aloe vera membantu dalam penghadaman, masalah keradangan usus, ulser colitis, penyakit esofagus, ulser usus, masalah usus yang kronik seperti sembelit, hemorrhoids, colitis dan penyakit Crohn.

Darah. Aloe vera bertindak sebagai pembersih darah semulajadi. Ia menigkatkan hemoglobin, sel darah putih dan platelet. Ia juga boleh mengembangkan saluran darah supaya dapat meningkatkan peredaran darah. Zat besi, kuprum, lysine, theronin, asid folik dan thiamin adalah bahan kimia yang berguna. Ia dapat membantu pembentukan darah dan memberi oksigen kepada sel darah merah dan meningkatkan hayat hidup Ia juga membantu dalam pengeluaran antibodi, membaiki tisu, memberi tenaga, menguatkan sistem keimunan dan membantu pembentukan darah. Dengan kombinasi asid amino, ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Metabolisma Lemak. Asid amino seperti methionine, serine, thronine, dan molibdenum juga amat berguna. Ia boleh membuang logam berat dalam badan. Juga membantu dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein dan dengan itu menghalang pembentukan lemak dalam hati dan arteri.


2) Wheatgrass. Wheatgrass adalah agen penyembuhan yang penting dan efektif kerana ia dapat:

@Membersihkan dan membentuk darah
@Meningkatkan keadaan kulit dan rambut
@Membina kekuatan otot dan daya ketahanan
@Melawan serangan penyakit
@Menghapus tumor
@Bertindak sebagai penahan selera
@Meransang pertumbuhan kulit baru yang sihat dan menegangkan kulit yang tua
@Dengan cepat diserap oleh kulit dan memberi kesan yang lembut dan kulit yang cerah

3) Dietari Fiber.

@ Mengambil amaun dietari fiber yang mencukupi boleh memendekkan masa makanan berada dalam usus dan juga membantu mempercepatkan pergerakan makanan dan untuk membuang toksin dan sisa buangan dalam badan. Kewujudan dietari fiber yang mencukupi dalam gastrik boleh membantu dalam mengekalkan kekenyangan dan melambatkan kelaparan. Dengan itu, ia dapat membantu dalam menurunkan berat badan




Tasly Margaret Plus mengandungi ramuan utama iaitu ekstrak kacang soya, Trifolium pratense,Paeoniae Alba dan Ganoderma lucidum. Tasly Margaret Plus menyelaraskan keseimbangan fisiologi keseluruhan dalam badan; dimana Ganoderma lucidum, Paeoniae alba, dan Trifolium pratense boleh memberikan kesan itu. Oleh itu, isoflavon soya berkualiti tinggi dan herba tradisional Trifolium pratense digabungkan supaya memberi kesan sinergetik.


5 Fungsi Utama:

1) Kesan hampir sama seperti estrogen. Unsur aktif dalam isoflavon soya boleh bergabung dengan penerima estrogen (ER) dalam badan dan memaparkan fungsi estrogen yang lemah. Selepas pergabungan, ia berkeupayaan memberi kesan keatas kesihatan menurut perhubungan dos-gerakbalas bentuk-U. Iaitu pada dos rendah ia menunjukkan kesan abti-estrogen; pada dos sederhana ia bertindak seperti estrogen pada tahap tertentu dan pada dos tinggi, ia memberi kesan meningkatkan estrogen. Perhubungan dos-gerakbalas bentuk-U memberi isoflavon soya dengan fungsi pelbagai estrogen menolong melegakan sindrom putus haid. Satu penyelidikan membuktikan bahawa hanya 1/4 wanita Jepun menunjukkan tercetusnya sindrom putus haid disebabkan pemakanan yang mengandungi lebih isoflavon. Pati kacang soya dan Trifolium pratense mengandungi banyak isoflavon dan apabila digunakan bersama, ia saling menyempurnakan. Ia dapat merawat gangguan kitaran haid , kesakitan semasa haid, pendarahan uterin dan penyakit lain. Ia juga sangat sesuai untuk meringankan gejala putus haid.

2) Anti tumor.Isoflavon kacang soya mempunyai kesan anti-tumor yang ketara, khususnya terhadap tumor yang berkaitan dengan hormon, seperti kanser payudara dan kanser prostat. Melalui kesan estrogen, ia dapat menghasilkan kesan pencegahan tumor pada tahap tertentu. Paeoniae alba dapat meneutralkan racun bahan-bahan karsinogen, manakala Ganoderma lucidum membawa kesan baik dalam pelarasan dan pengaktifan fungsi imuniti yang menguatkan kebolehan badan untuk mencegah tumor.

3) Mencegah osteoporosis. Apabila memasuki peringkat putus haid, kaum wanita menghadapi risiko osteoporosis (kehilanagn jasad tulang yang ketara) yang lebih tinggi. Isoflavon kacang soya, boleh mengurangkan aktiviti osteoklas dan menyebabkan apoptosis padanya, ia meningkatkan fungsi osteoprotegerin dan mencegah kejadian osteoporosis.

4) Mempertahankan salur darah kardiak. Paeoniae alba dan Ganoderma lucidum berkesan dalam pengembangan arteri koronari dan perlindungan otot kardiak (jantung) daripada kekurangan bekalan darah; herba-herba ini digunakan secara meluas untuk membantu dalam perawatan dan pencegahan penyakit jantung koronari, angina dan sebagainya. Isoflavon kacang soya dan Ganoderma lucidum boleh mengurangkan kadar kejadian aterosklerosis; ia juga mempunyai kesan memperbaiki peredaran-mikro, mencegah trombosis dan sebagainya.

5) Meningkatkan keimunan. Isoflavon kacang soya berfungsi meningkatkan imuniti tak-spesifik pada badan. Ujian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan fungsi makrofaj dan imunoglobulin hasilan limpa, meninggikan bilangan limfosit darah periferal, maka ia berfungsi dalam pengawalaturan yang ketara. Ganoderma lucidum berkesan meningkatkan kekuatan dalaman, memperkhasiatkan dan memperkuatkan badan, memanjangkan umur, meningkatkan fungsi imun dan menguatkan rintangan melawan penyakit.





Tasly Dong Chong Cao dirumuskan herba yang sangat berharga iaitu Cordyceps sinensis atau lebih dikenali sebagai Dong Chong Cao. Cordyceps sangat berharga sehingga digelar sebagai 'Rumput Emas'. Ia mempunyai kandungan bahan aktif yang tinggi dan bebas dari kandungan hormon dan peransang. Dong Chong Cao sesuai untuk digunakan untuk kebanyakan golongan pengguna.


Kelebihan produk
1) Melaraskan keseimbangan Yin dan Yang - Teori perubatan tradisional Cina mengenai pengawalaturan keseluruhan badan. Dalam perubatan tradisional Cina,tubuh manusia dianggap sebagai suatu entiti biologi keseluruhan, dimana Yin dan Yang merupakan faktor utama pelarasan fungsi-fungsi metabolisma dan fisiologi badan. Yin dan Yang saling meningkat dan saling mengawalatur demi mengekalkan keseimbangan dinamik relatif sendiri, ia merupakan syarat asas untuk semua aktiviti normal dalam kehidupan. Apabila Yin dan Yang seimbang maka badan akan berada dalam keadaan sihat.

2) Pengawalaturan dwi-arah. Cordyceps merupakan satu daripada herba pengawalaturan dwi-arah dimana ia mengkhasiati Yin dan menguatkan Yang; ia berkesan keatas tekanan darah tinggi dan juga tekanan darah rendah; ia menolong merawat diabetes dengan merendahkan gula dalam darah dan pada masa sama membaiki keadaan hipoglisemia untuk mengembalikan tenaga kepada badan; ia boleh meningkatkan fungsi sistem imun dan juga boleh mengurangkan fungsi imunosit tertentu.


Aplikasi yang bersesuaian

1) Untuk mereka yang mempunyai imun yang lemah, mudah sakit deam dan mereka yang cepat letih.

2) Untuk golongan pertengahan usia dan warga tua, mereka yang mempunyai tekanan kerja yang berat, membuat kerja fizikal yang berat dan mempunyai badan yang lemah

3) Mereka yang menghidapi penyakit ketidakfungsian pulmonari seperti asma, bronkitis kronik, emfisema, dan rhinitis kronik.

4)Mereka yang kekuranan fungsi renal yang mendadak atau kronik,atau kegagalan fungsi renal, sakit belakang, proteinuria dan sebagainya

5)Pesakit darah tinggi atau tekanan darah rendah

6)Mereka yang bermasalah dengan ketidakfungsian seksual, kemandulan, mati pucuk dan keluaran air mani pra-matang.

4 Fungsi Utama

1) Memperbaiki fungsi sistem pernafasan. Cordyceps dikatakan boleh membaiki keadaan paru-paru, merawat asma, menghentikan batuk dan menyingkirkan kahak; ia digunakan untuk merawat batuk kokol dan asma yang disebabkan oleh kelemahan paru-paru dan/atau ginjal. Kajian moden menunjukkan bahawa cordyceps berfungsi dengan ketara dalam meningkatkan perembesan epinefrin, mengembangkan bronkus, menghentikan asma, menolong mengeluarkan kahak dan sebagainya. Ia juga berfungsi sebagai rawatan sampingan untuk penyakit ko-pulmonal dan kegagalan pernafasan.

2) Meningkatkan fungsi ginjal. Cordyceps mempunyai kaitan dengan kesihatan ginjal, ia meningkatkan fungsi renal dan membaiki poten lelaki, ia boleh merawat kelemahan ginjal, sakit belakang dan sebagainya. Kajian moden menunjukkan bahawa cordyceps membawa kesan baik dalam rawatan kegagalan renal kronik, ia mengurangkan protein air kencing, kreatinin, serum dan nitrogen air kencing.

3) Meningkatkan fungsi seksual. Cordyceps boleh memperbaiki poten lelaki dan menggalakkan pembesaran air mani. Ia lembut dan tidak bersifat panas, sesuai untuk merawat kekurangan renal, sakit belakang bahagian bawah,mati pucuk, keluaran air mani pra-matang, ketidakfungsian seksual, kemandulan dan sebagainya.

4) Mengawalatur fungsi keimunan dan meningkatkan kebolehan melawan penyakit. Cordyceps mengawalatur sistem imun secara dwi-arah, fungsi utamanya ialah meningkatkan imuniti; tetapi ia juga mempunyai kesan penekanan ke atas penyakit autoimuniti. Melalui pelarasan dwi-arah, kebolehan dalam melawan penyakit dipertingkatkan. Cordyceps bertindak sebagai suatu tonik untuk kesihatan yang kurang baik, ia berkesan dalam menguatkan badan pesakit yang sedang pulih, merawat pelu semasa sejuk, terasa sejuk dan gejala lain. Oleh itu, cordyceps digunakan untuk melawan keletihan, ia juga meningkatkan ketahanan fizikal badan tan memberikan perlindungan.

Fungsi Lain
Pelarasan kepada tekanan darah.






KELEBIHAN KAPSUL WILD GINSENG

Tasly Wild Ginseng dirumus khas untuk merawat penyakit kanser. Ia mengandungi ekstrak ginseng merah (Ginsenosida RH-2). Ginseng yang digunakan adalah berusia 6 tahun serta berkualiti tinggi dan diambil dari kawasan terpilih dan kualiti produk juga terjamin. Ia menggunakan teknologi pengekstrakan enzim tercanggih dan memastikan kepekatan bahan aktif ginsenosida yang tinggi digunakan.

Aplikasi yang bersesuaian.

1)Merawat tumor dan kanser

2) Penggunaan dalam jangka mase pemulihan selepas sebarang penyakit serius
Merawat kekurangan pada paru-paru, limpa, jantung dan ginjal

3) Memperbaiki kesukaran pernafasan yang berpunca daripada peredaran renal yang tidak normal, mati pucuk, pengeluaran mani nockturnal dan gejala kelemahan peredaran renal yang lain.

4) Merawat dan memperbaiki kelemahan imuniti dan kepada mereka yang mudah menghidap selesema.

5) Meningkatkan kebolehan mental dan ingatan

6) Bagi tujuan kecantikan dan anti-penuaan

7) Sesuai untuk golongan usia pertengahan dan warga tua dengan badan yang lemah

8) Sangat sesuai untuk wanita yang lemah selepas bersalin

6 FUNGSI UTAMA

1)Kesan Anti-Tumor. Kajian moden menunjukkan bahawa Gisenosida RH-2 merencat serangan dan metastasis sel tumor, dapat mengaruh apoptosis dan pembezaan sel tumor; ia dapat digunakan dalam rawatan kanser hati, kanser paru-paru, kanser payudara, kanser perut, kanser tulang, melanoma malignan, kanser esofagus dan sebagainya

2) Mengawalatur keimunan dan meningkatkan rintangan terhadap penyakit. Gisenosida RH-2 dalam ginseng ialah bahan aktif yang boleh mengawalatur keimunan; ia melaraska fungsi imun badan dan meningkatkan rintangannya melawan penyakit. Ginseng digunakan untuk memperaiki kekurangan dalam paru-paru, limfa, jantung dan ginjal.

3) Mengawalatur sistem saraf pusat. Tasly Wild Ginseng dapat mengawalatur sistem saraf pusat dan meningkatkan proses ransangan otak dan mempengaruhi kecenderungannya kearah keseimbangan. Ia dapat menigkatkan keupayaan mental dan fizikal, menigkatkan mutu kerja dan melawan keletihan. Tasly Wild Ginseng juga menambahkan pengambilan oksigen di otak sekaligus membantu dalam meningkatkan keupayaan pembelajaran, ingatan dan mempunyai kesan ketara dalam pembaikan penyakit yang berkaitan dengan ketidakupayaan daya ingatan.

4) Meningkatkan fungsi seksual. Tasly Wild Ginseng dapat menambahkan rembesan kortikosteroid, berkesan ke atas kelenjar-kelenjar gonad; menambahkan bilangan dan daya hidup sperma dalam testis. Perubatan Tradisional Cina percaya bahawa ginseng berkesan membaiki peredaran renal; bukan sahaja digunakan untuk merawat kesukaran bernafas, malah ia juga merawat kekurangan ginjal dan masalah mati pucuk.

5) Menjaga organ hati. Ginseng dapat meningkatkan aktiviti pelbagai enzim dalam hati dan menguatkan keupayaan detoksifikasi hati; ia mempunyai kesan detoksifikasi dan menjaga hati yang diracuni alkohol.

6) Memberi kesan kecantikan dan penjagaan terhadap kulit. Kajian menunjukkan bahawa Tasly Wild Ginseng boleh diserap secara perlahan oleh badan manusia, ia boleh mengembangkan salur kapilari pada kulit, menggalakkan peredaran darah pada kulit, meningkatkan nutrisi kulit, mengelakkan dehidrasi, kekerasan dan kedutan pada kulit; dengan itu, ia meningkatkan kelembutan kulit, meransang pembaharuan sel, mengekalkan kelicinan dan menjaga khasiat kulit, mengelakkan penuaan awal dan seterusnya menghasilkan kesan kecantikan.





KELEBIHAN KAPSUL DANSHEN PLUS:
Tasly Danshen dirumuskan dengan pelbagai ramuan herba tradisional Cina yang dapat membantu dalam proses penyembuhan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, strok dan sebagainya. Pengambilannya dapat membantu mencegah dari serangan jantung juga mencegah daripada menghidap penyakit jantung koronari.




Terdapat 6 fungsi utama Tasly Danshen:
1)Memperbaiki keadaan Penyakit Jantung Koronari (CHD). Tasly Danshen mempunyai fungsi anti-penggumpalan platelet. Selain itu, ia juga berkesan keatas pengurangan kolesterol dan trigliserida, pengurangan kepekatan darah, meningkatkan mikro-peredaran, anti-pengoksidaan, penyingkiran radikal bebas, menjaga otot jantung dan sebagainya. Fungsi utamanya adalah memperbaiki keadaan penyakit jantung koronari.

2)Melindungi daripada Strok. Infaksi otak dikenali sebagai 'strok otak'. Ia terjadi apabila gumpalan darah beku menyekat peredaran darah didalam saraf otak. Fungsi Tasly Danshen adalah untuk memperbaiki peredaran darah dengan menyingkirkan stasis darah. Aplikasi klinikal menunjukkan panggunaan Tasly Danshen bersama rawatan lain dapat membantu menyembuhkan pesakit strok.

3)Membersihkan saluran darah dan melindungi jantung kedua - Mikro-Peredaran. Mikroperedaran merupakan peredaran darah antara kapilari arteriol dan venul. Tempat ini merupakan tempat berlakunya pertukaran nutrien antara darah dan sel tisu, juga bertindak membawa oksigen dan nutrien ke segenap tubuh badan serta membawa keluar hasilan metabolik. Kajian Fakulti Perubatan Universiti Keio, Jepun telah menunjukkan bahawa Tasly Danshen mempunyai kesan positif kearah sasaran dalam menyelesaikan masalah mikroperedaran.

4)Merendahkan paras kolesterol dan mengurangkan plak daripada arterosklerosis. Tasly Danshen mempunyai fungsi terhadap pengurangan paras lipid darah terutamanya kolesterol. Sebahagian kejian telah dijalankan dan mendapati Tasly Danshen membantu dalam menurunkan kepekatan darah, menurunkan paras kolesterol dalam darah dan juga mengurangkan ketebalan intima-media carotid (IMT).

5)Memperbaiki keadaan penyakit mata dan masalah fungsi ginjal yang berkaitan dengan kencing manis. Retinopati dan renopati diabetic adalah disebabkan oleh masalah kapilari pesakit diabetes. Kedua-duanya adalah kombinasi saluran darah mikro yang paling umum yang disebabkan diabetes. Tasly Danshen mempunyai kesan keatas perubahan rheologi darah, anti-ion kalsium, pengurangan paras trigliserida dan kolesterol. Dengan itu, Tasly Danshen amat disarankan untuk penghidap diabetes.

6)Melindungi sel hati. Tabiat pengambilan alkohol dan makanan berminyak akan mengakibatkan mikro-peredaran hati terhalang dan mengakibatkan masalah hati. Pesakit akan mengalami masalah nutrisi dan diikuti dengan rasa tidak selesa di sekliling hati dan menjadikan pesakit kurang selera makan. Penggunaan tasly Danshen selama 3 bulan dapat mengembalikan fungsi hati yang normal dan memulihkan hati yang rosak.